Tuesday, January 13, 2009

Toyota camry di perak dan selangor..

Assalamualaikum..

Dalam seminggu ni heboh diperkatakan tentang tindakan kerajaan negeri perak dan selangor yang membeli beberapa buah kereta toyota camry 2.4 untuk kegunaan menteri besar, exco2 dan pegawai tinggi kerajaan negeri terbabit..

bagi aku, tindakan ini merupakan salah satu usul tidak percaya kepada kereta nasional kita iaitu proton..mungkin tindakan ini menunjukkan yg mereka tidak mahu menggunakan apa jua bentuk benda yang berkaitan dgn keraajan persekutuan..

sebenarnya tindakan ini melambangkan yang pihak terbabit mempunyai kurang nilai patriotism dalam diri mereka.memang lah kalo nak dibandingkan kereta toyota jauh lebih baik drpd kereta proton. tetapi apakah rasionalnya tindakan mereka itu??

apa yang diperlihatkan adalah satu bentuk pembaziran yang cuba dilakukan oleh kerajaan2 pembangkang nih..sebelum berkuasa mereka sibuk mengatakan yang kerajaan BN byk membazir dalam mengendalikan projek..tapi, kini apa sudah jadi??

Adakah ini menunjukkan bahawa sesiapa saja asalkan dia bernama manusia kalo mendapat kuasa inilah yang akan terjadi???
Sebelum diberi peluang..mereka meminta peluang..kononnya keadaan akan berubah..rasuah dan segala bentuk penyalahgunaan kuasa yg lain akan dimusnakhan..tetapi, belum pun setahun berkuasa..macam2 isu yang sudah timbul...

takkan la setiap kali pilihanraya kita nak tukar kerajaan?? ini tentunya akan membantutkan pembangunan di sesebuah negeri itu...

jadi..pikir2kan dan renungkanlah..wassalam...

No comments:

Post a Comment