Thursday, February 5, 2009

Cuti Tahun Baru Cina

salamzzz..tahun ni cuti raya cina aku yg terpanjang berbanding cuti raya cina tahun2 sebelumnya..mungkin sebab tahun nih tahun lembu kot..huhu..sebenarnya aku tak berhajat untuk pulang ke kampung untuk jangkamasa yg lama..cukup sekadar menghabiskan cuti yg ada iaitu selama 4 hari..tetapi, memandangkan tiket bas untuk pulang ke kl telah pon abes, aku terpaksa menyambung cuti aku sehingga seminggu...

jadi selepas sehari pulang ke kampung..abg aku menyuarakan pendapatnya untuk mengajak kami pergi berjalan2 ke negeri kelantan..hmm..kalo nak diingatkan, last skali pi kelantan tahun 1991 ketika mengikuti rombongan sekolah ayah aku..so, kira dah dkt 20 tahun la kan..jadi kami pon bersetuju untuk ke kelantan..

Tanpa membuang masa kami pon berbincang tentang hala tuju kami di kelantan nanti n pada masa semua org takdak idea nak pi mana sebab sorang pon takdak yg familiar ngan negeri kelantan nih..jadi abg aku pon cuba lah menelefon kawan dia untuk tanya ke mana pantai yg best utk dilawati di kelantan dan beliau mencadangkan pantai tok bali..so, kami pon decide utk pergi ke pantai tok bali.

kami bertolak ke kelantan pada hari isnin 26hb jan (sehari selepas besday aku) jam 11.50 pg.. selepas lebih kurang 1 1/2 jam kami pon berenti makan di hentian dkt grik..mak ai..mahai nak mampos..makan dua org lauk ikan keli ngan ayam kena sampai rm13..sial btol..lepas solat zohor..kami pon sambung perjalanan, n 2 jam lepas tuh kami sampai di jeli..mujurlah tak terlalu susah utk kami mencari pantai tok bali tersebut..setelah sampai ke kawasan tersebut, kami cuba utk mencari tempat penginapan yg sesuai dan pencarian ini berakhir di Villa Danialla..hmm..nama mmg best..tapi harga pon bleh tahan jugak la..mujurlah masih ada lagi bilik yg kosong di situ kerana takut jugak tak dapat bilik, maklum cuti2 ni kan..ramai org yg pergi makan angin ke tempat2 mcm tuh..

setelah check in..aku pon mengambil peluang utk bersiar2 di tepi pantai dgn abg aku..setelah mengambil beberapa keping gambar untuk kenang2an kami pulang ke bilik kerana hari pon dah senja..pada malam tersebut, kami bercadang untuk makan ikan bakar, kerana maklum saja la, kawasan yg dekat ngan jeti nelayan ni mmg port org makan ikan bakar..so, kami pon pergila dkt satu kedai nih..selepas tu, kami pon order la makan n minum..tak berapa lama selepas itu, minuman kami pon sampai..tetapi aku skit heran sebab semua minuman yg kami mintak sepatutnya ada ais, tetapi yg dihantar minuman panas..jadi..pada firasat aku, mungkin misscomunication kot..mungkin dia tak berapa paham cakap org dr kelantan..huhu...

so, aku pon layan ja la walaupun hati dah sedikit bengkak..huhu...tak lama selepas itu ikan bakar yg dipesan pon sampai..tapi yg tak sedap hatinya, nasi n lauk2 lain punya la lambat sampai..agak2, kalo kami dah start makan, dah licin ikan tu tinggai tulang pon tak sampai2 lg nasinya..so, kami pon tabahkan hati menunggu, mungkin ramai org kot sebab tu lambat sampai..huhu..tapi mcm biasa la..kalo makan kedai melayu mmg layanan lambat skit..tak mcm kedai mamak..mungkin sebab tuh ramai org skang nih suka lepak kedai mamak kot..huhu..nasib baik makanan yg disajikan bleh tahan sedap gak, kalo tak bertambah bengkak la hati ini..huhu..lepas makan..kami pulang ke bilik utk berehat..maklum la, baru sampai ptg tadi, mana larat dah nak jalan2..huhu..

keesokkan paginya, aku n abg aku pergi breakfast di beach cafe dalam villa tersebut..makanan yg disajikan mmg sedap.. kacang panggang, martabak, kari kambing, roti n jam..huhu..makanan mmg sedap..tp tgh sedap2 dok makan kami kedengaran bunyi yg kurang menyenangkan dtg dr dapur..setelah cuba utk mengesan dr mana datangnya bunyi itu, akhirnya kami mendapati yg bunyi itu berpunca dr mulut bos challet tersebut yg sedang marah n memekak kerana makanan lambat siap sedangkan penyewa blik seperti kami sudah pon keluar utk sarapan pagi pada waktu tersebut..pada aku..bagus la kan sebab dia amik berat tentang kebajikan customer dia..tapi takyah la nak memekak sampai customer pon dgr..kan ini bleh menjatuhkan maruah dia jugak..mungkin masa tuh dia marah sgt kot sebab benda ni dah banyak kali terjadi..huhu..aku agak ja la kan..tapi cara dia marah tuh mmg menakutkan la kan..sampai kita pon bleh dgr..kalo mat saleh2 tu takpa la mmg depa tak paham bahasa melayu..tapi kita yg melayu ni paham jugak la kan walaupon dia tuh bercakap dalam loghat kelantan..

selepas selesai bersarapan, kami pon keluar utk ke kota bharu..perjalanan mengambil masa kira2 40 minit utk sampai..pada mulanya kami nak pi pasar siti khadijah di kota bharu..tapi setelah hampir 3,4 round cari parking tak jumpa..abg aku yg drive time tuh dah naik fed up dan mencadangkan supaya kami pi tempat lain..setelah berbincang kami pon decide utk pergi ke pengkalan kubor dengan tatau jalan main redah ikut signboard ja..sebab dgr cerita kat situ ada tempat shopping duty free..huhu..

sampai di sana kami pon round2 la kat situ..bukan nak beli apa pon..saja la nak jalan2 tgk2 kan..selepas dekat satu round jalan..aku ternampak gerai juai sosej bakar..so..aku pon pegi la beli sebab benda nih mmg susah nak jumpa kat tempat lain di malaysia nih..dia ada 2 jenis sos, pedas n manis..puas hati gak la walaupun harganya rm1 secucuk, tapi saiznya hampir 3 kali sosej biasa..mmg puas la makan..kena dua cucuk sorang pon dah kenyang..huhu...lepas penat berjalan kami pon pergi la satu gerai ni utk berehat n makan tgh hari..tapi takleh nak rehat sgt la sebab gerai dia sesak n panas..maklum la..time2 cuti ni mmg penuh la org..lepas abes makan kami pon bergerak pulang...

ptg tu aku cadang nak mandi kat laut, dah nama pon dok kat pantai kan..huhu..tapi sampai2 ja pantai tgk ombak bukan main kuat lagi..aku pon mengambil keputusan utk tak mandi laut sebab bukan pandai sgt pon berenang, satgi hanyut buta ja..huhu..nasib baik la kat tepi laut tuh disediakan kolam renang utk org dewasa n kanak2..so..bleh la kami celup2 kaki kat situ hahahaha...nak mandi bukan bleh sebab kena pakai suit renang..aku nih dah la badan seksi..mmg tak sanggup la nak pakai suit renang..hahaha..tapi abg aku buat kering ja bukak baju pakai suar pendek mandi kat kolam tuh...lepas abes celup2 kat kolam tuh kami pon pi la jalan2 kat pantai sambil amik gambar..nanti kalo ada kesempatan aku akan attachkan gambar2 tersebut..huhu..

esok tuh..kami pon balik la ke kedah..sebelum balik tuh sempat la dulu beli oleh2 utk dibawa pulang..apa lagi..bawak balik keropok la..huhu..dalam perjalanan balik dgn tak diduga kereta abg aku kena saman kerana memandu lebih had laju..maklum la..jala kampung nih bleh tekan 80km/j saja..tapi pikiaq la..takkan sepanjang jalan nak tekan 80 kan..bila nak sampai..huhu..dgn redhanya walaupun hati dah bengkak, abg aku pun terimalah surat kompuan dr polis trafik tuh..selepas hampir 3 jam perjalanan..kami berenti utk rehat n makan di hentian kat pengkalan hulu..tapi kali ni kami pi kedai lain so..kena murah skit la..huhu...lepas makan tgh hari..kami pon terus pecut pulang ke rumah..sampai rumah ja..semua org terbongkang tidoq kepenatan...