Tuesday, January 13, 2009

Mataku berbisul..

aduh sakitnya...itulah kata2 yang dapat aku ungkapkan buat masa ini..aku mula terasa mata aku sakit sekitar jam 1.30 pagi tadi sewaktu bermain game championship manager...akibat terlalu sakit aku pon mengambil keputusan untuk memejamkan mata...
tepat jam 5.38 pg, aku terjaga kerana kesakitan yg amat..dan pada masa itu aku dapati bahagian bawah mata aku telah mulai membengkak..dan pada jam 8.48 pg tadi aku telah megambil keputusan untuk berjumpa doktor untuk mengenalpasti apakah yang sebenarnya terjadi pada diriku ini..

so, aku pon bertindak menghantar sms kepada rakan seperjuanganku untuk meminta dia menemaniku ke hospital universiti kerana proses tersebut mengambil masa yang agak lama (biasanya 2 hingga 3 jam)...tetapi setelah berjumpa dan berbincang, dia telah mencadangkan supaya aku pergi ke klinik kesihatan pelajar instead of pergi ke hospital kerana prosesnya lebih cepat..

pada tepat jam 1.42 ptg, aku sampai di klinik kesihatan pelajar um..ini merupakan pengalaman pertama aku ke klinik ini selama hampir 8 tahun di universiti malaya yang tercinta ini..so, aku pon memberanikan diri mengorak langkah ke kaunter pendaftaran..di situ terdapat dua org staf yang sedang buat2 kerja walaupon waktu itu merupakan waktu rehat tengah hari...so, aku pon bertanya" saya nak jumpa doktor ni" seorang drpd staf tersebut cuba untuk menjawab soalan aku..tetapi belum sempat kata apa2, dia telah dipintas oleh seorang lagi staf yg berkata "tolong baca arahan"..

maknanya..org di klinik tu lebih suka kalo kita berkomunikasi dengan notis2 yg ada berbanding berkomunikasi dengan mereka secara lisan...apa susah sgt ka nak cakap..dik isi borang ni dulu lepas tu tunggu giliran..kan senang..dalam reti kata lain..dia mmg taknak layan pon..mungkin sebab tu dia tampal notis byk2 kat situ..so, kita takyah tanya dia dah..huhu...

jadi apa guna dia duduk kat situ sampai 2 org..kalo setakat nak tolong passkan borang tu ja kepada nurse..itu satu hal..satu lagi hal..aku terpaksa melalui satu lag proses yg membuang masa iaitu pergi berjumpa nurse hanya untuk isi borang..nurse tu hanya tanya aku sakit apa tanpa sedikit pun membelek2 atau memeriksa mata aku n pastu dia kasi no kat aku...

5 minit berselang no giliran aku pon tiba dan aku dapat bersemuka dgn doktor yang bertugas..selepas 2, 3 sesi soal dan satu sesi pemeriksaan..beliau telah memutuskan yang aku mempunyai bisul di dalam bibir mata dan hanya menunggu masa untuk pecah..lalu beliau pon memperskripsikan aku ubat untuk kurangkan bengkak, antibiotik..ubat titik mata.. dan vitamin c untuk kulit yang lebih cantik..hahahaha..aku pon tatau apsal dia kasi vitamin c tu, mungkin utk abeskan stok lama kot dan pada bungkusan vitamin c tu tidak tertera arahan berapa kali sehari perlu di makan n berapa biji bg setiap sesi..maknanya, aku bleh bedal la vitamin c tuh seberapa banyak pun yang aku mahu...

jadi, demikian la cerita tentang pengalaman pertamaku mendapatkan rawatan di klinik pelajar unversiti malaya...sehingga berjumpa lagi di lain tulisan..assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment