Sunday, January 18, 2009

AJL ke-23

samekom..meet uncle hussien telah ditabalkan sebagai pemenang juara lagu kali ke 23..tak sangka tahun ni depa akan angkat band jugak jadi juara..mungkin skang nih dah sampai masanya utk kita mengangkat band2 yg ada di mesia nih setelah pasaran album kita dikuasai band2 dari indonesia..bagi aku, itu satu usaha yg baik dan harus disokong oleh semua pihak yang mahu lihat industri muzik kita hidup semula..

bagi aku..ini merupakan satu galakan utk artis2 memperkembangkan lagi bakat seni dan kreativiti mereka..kerana, sebagaimana yg kita tahu..artis di mesia ni hanya terkenal ngan menyanyi lagu komposer saja..bukannya lagu yg dibuat dan ditulis sendiri...sehebat2 siti nurhaliza n faizal tahir pon, nyanyi lagu org ja..huhu..jadi artis seperti inilah (Meet uncle hussein, estranged n ramai lagi) yg harus kita angkat..bukan sekadar boleh perform secara live..tapi juga boleh compose n tulis lagu sendiri serta mampu untuk produce album sendiri..barulah industri muzik kita akan berkembang..takdak lah hanya ditakuk lama..dgr lagu sama ja mcm taun dulu2..huhu..

aku harap, lebih banyak lagi band yg best2 akan muncul selepas ini..lebih banyak lagi lagu2 best yang akan dihasilkan oleh artis kita sendiri..dan lebih banyak lagi album2 dan lagu2 best yang akan berkumandang di stesen2 radio..takdak la kita hanya menyalahkan stesen radio dan kerajaan ja sebab tak control kemasukan artis indonesia sedangkan artis sendiri tidak berusaha untuk berbuat apa2..

Bagi aku..kemasukan artis indonesia adalah disebabkan oleh mesia yg ketandusan artis2 yg mampu mencipta lagu2 yg bermutu dan enak didengar..sepertimana yg kita ketahui, band2 dr indon seperti dewa, nidji, shiela on 7, gigi padi, ungu, krispateh dan sebagainya, mereka semua menyanyikan lagu2 yg dicipta sendiri..dan mereka aktif menghasilkan album n lagu yg bermutu..sebab itu mereka mampu untuk menguasai pasaran muzik di mesia..tak seperti artis mesia yg hanya tunggu utk diberi lagu oleh syarikat rakaman n komposer dan mengambil masa 2 hingga 3 tahun utk menghasilkan 1 album..sudah tentunya kekosongan ini akan di isi oleh artis luar kerana peminat n pendengar sentiasa mahukan yg terbaru utk hiburan halua telinga mereka..

tetapi malangnya di mesia, ada satu artis tuh yg sampai bertahun2 nyanyi lagu sama ja setiap kali perform..sedangkan untuk artis luar, tak kurang 3 buah lagu akan keluar di radio dalam masa setahun..contonhya baru2 ni dalam rancangan gadis melayu final di tv9, artis jemputannya hazami masih menyanyikan lagu yg sama semenjak 3 tahun yg lalu..setiap kali kuar tv, tak kira lah juara lagu ka. sure heboh ka, hiburan minggu ini ka..nyanyi lagu sama ja..pk la skit..takkan selama bertahun2 org nak dgr lagu sama ja..jadi pk2kan la..jgn la kita hanya tahu untuk menyalahkan org lain tanpa kita mau untuk berusaha mengubah keadaan kita..kita tak boleh menyalahkan org lain atas apa yg berlaku pada diri kita n mengharapkan bantuan org lain semata2 untuk memulihkan keadaan kita..kita sendiri yg perlu bergerak dan berusaha utk mengubah dan membela nasib kita....

No comments:

Post a Comment