Monday, January 12, 2009

Israel laknatullah..

hmm..aku rasa bila tgk tajuk ni ja mesti hangpa semua dah tau benda apa yg cuba aku nak katakan..aku pon tatau la kenapa susah btol kita nak kekang israel nih..adakah sebab dia btol2 kuat?? atau pon dia buat2 kuat?? ataupon kita yg terlalu lemah untuk berlawan ngan dia..

semalam kawan aku ada bagi satu flyer tatau la dia dapat dr mana kan, pasai boikot barang2 dr syarikat2 yg ada berkaitan dgn israel nih..adei, bleh tahan byk gak la benda yg kita umat islam nih kena boikot..tapi pelik jugak..kita mampu menyenaraikan barang2 israel yg patut kita boikot..tapi kita takleh lak nak senaraikan barangan keluaran syarikat2 dr dunia islam yg kita perlu support??? ka senarai tuh tak wujud??? kalo tak wujud..salah sapa?? haaa...yg tu pon kita kena pikirkan jugak..

Selain itu, sebelum kita sarankan supaya org2 islam memboikot barangan2 tertentu..kita mestilah berupaya menyediakan penggantinya..ya lah..mmg lah kita tak bleh nak banding dgn produk yg dah established..tapi at least kita cuba untuk menyediakan alternative lain bg barangan tersebut..contohnya, jika kita mau boikot johnson n johnson..kita mesti hasilkan produk2 yg bleh mengisi kekosongan tersebut..mmg la org cakap kalo tak pakai tak mati pon kan..tapi kalo dah biasa pakai, kalo takdak mmg tak best lah rasanya..huhu..

dari segi kekuatan militari pula..mmg jelas negara2 dr dunia islam tidak mampu menandingi kekuatan israel disokong kuat oleh sekutu haram jadahnya iaitu amerika syarikat..kalo ada pon mungkin iran kot..itu tak terduga lagi sejauh mana kekuatan mereka.. dulu kita ada saddam hussein dan rejimnya di iraq..tapi kekuatannya telah dimusnahkan terlebih dahulu oleh amerika syarikat dan sekutu2nya..

Ini sekaligus memberikan peluang yang baik untuk bermaharajalela di bumi arab..org arab pon satu gak..tak mau nak bersatu..sanggup melihat saudara mereka dibom dan dibedil hari2 tanpa bertindak apa2..jadi salah siapakah semua ini?? mmg israel jahat n laknat..tetapi kita jugak yg memberi ruang kepadanya utk terus jahat dan menjajah bumi ini..kini israel memegang segala2nya..selain dr segi ekonomi yg sememangnya sudah terbukti..mereka juga mempunyai kekuatan dr segi military yg mungkin membolehkan mereka untuk menjajah dan memusnahkan seluruh bumi arab..

aku rasa cukup la setakat nih..cakap banyak tapi kalo tolong pon tak guna jugak..oleh itu renung2kan lah..dan cermin2kan lah diri kita selalu..

assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment